السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Untuk makluman para peserta, Pertandingan Tilawah Al-Quran Piala Tun Syed Nasir ini akan dihakimi oleh para hakim yang telah dipilih secara khas. Sistem pemarkahan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ;
- Tarannum dan Suara (40m)
- Tajwid dan Fasohah (60m)
Dari aspek Tarannum dan Suara;
1. Peserta menggunakan maqam-maqam Arab
(irama lagu Arab) dengan sekurang-kurangnya 4 jenis lagu di dalam
satu-satu bacaan tanpa mengira apa lagu yang dimulakan. (10m)
2.
Setiap lagu (maqam atau naghamat) hendaklah disempurnakan secara teratur
dan beransur-ansur sekuran-kurangnya dalam empat harakak tanpa
bercampur aduk (takrir) (10m).
3. Setiap lagu (maqam atau
naghamat) hendaklah di bawa dalam tiga tingkatan (tobaqat) suara itu
rendah, sederhana dan tinggi atau sederhana, tinggi atau tertinggi. (10m)
4. Setiap lagu (maqam) hendaklah dibawa dengan teratur dan
tersusun satu demi satu tanpa bercampur aduk antara satu sama lain
kecuali Waslah al- Mumasalah.(10m)
5. Setiap lagu (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan lagu yang dibawa pada ayat mula.(10m)
6. Menunaikan Waslah al- Mumasalah sekurang-kurangnya sekali dalam satu-satu bacaan(10m).
7. Menunaikan Ikhtilalul-lahn sekurang-kurangnya sekali dalam satu-satu bacaan (10m).
6. Peserta menggunakan suara yang konsisten dari mula hingga akhir bacaan. (7m)
7. Peserta menggunakan suara yang sesuai dengan nafas yang tidak putus di tengah bacaan. (7m)
8. Peserta menggunakan suara yang terang dan lantang.(8m)
9. Kebersihan suara dan kelicinan suara yang digunakan. (8m)
Dari aspek Tajwid dan Fasohah
2. Hukum Tarqiq dan Tafkhim yang betul. (10m)
3. Peserta menggunakan sebutan huruf Lam dan Ra yang jelas.(10m)
4. Peserta menggunakan hukum Mad Asli dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang dua harkat.(10m)
5. Peserta menggunakan hukum Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan 2,4 atau 5 harkat.(10m)
6. Peserta menggunakan hukum Mad Lazim dengan kadar 6 harkat. (10m)
7. Peserta menggunakan hukum Mad Aaridh dengan kadar 2,4 atau 5 harkat. (10m)
8. Peserta menggunakan hukum Ghunnah-ghunnah dengan kadar panjang 2 harkat.(10m)
9. Peserta membaca ayat al-Quran dengan cermat. (4m)
10. Peserta membaca dengan lancar dalam sebutan pada ayat.(4m)
11. Segala baris terpelihara dalam bacaan. (4m)
12. Semua susunan ayat terpelihara dalam bacaan.(4m)
13. Hukum wakaf dan ibtida dijaga dengan baik(4m).
------------------------------------------------------------------
Diharapkan dengan kriteria pemarkahan yang dipaparkan dapat memudahkan para peserta untuk berlatih nanti.
Bittaufiq wannajah ! Semoga Allah redha ;)
No comments:
Post a Comment