السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Peserta mestilah warganegara Malaysia.
2. Peserta hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat.
3. Penganjur berhak menolak atau membatalkan sebarang penyertaan mana-mana peserta yang tidak
mematuhi syarat-syarat pertandingan sepanjang pertandingan tersebut berlansung;
4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko termasuk kemalangan
semasa program ini dijalankan;
5. Segala perbelanjaan/kos persiapan adalah ditanggung oleh peserta;
6. Yuran penyertaan adalah RM20 (termasuk kos makanan sepanjang program).
7. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk meminda atau menukarkan peraturan tanpa notis
awal.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN
1. Pertandingan dibahagikan kepada DUA kategori: Lelaki dan Perempuan.
2. Pertandingan dibahagikan kepada DUA peringkat: 40 peserta (20 lelaki dan 20 perempuan) untuk
peringkat saringan dan 10 peserta (5 lelaki dan 5 perempuan) untuk peringkat akhir.
3. Masa yang diperuntukkan adalah 10 minit.
4. Ayat bacaan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
MAKLUMAN
1. Tarikh pertandingan adalah 3hb Mei 2014 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed
Nasir.
2. Tempat rehat disediakan untuk peserta dan pengiring (tidak termasuk penonton).
3. Tarikh tutup penyertaan adalah 1hb Mei 2014 (Jumaat).
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment