Saturday, 12 April 2014

STRUKTUR PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


source


___________________________________________________________________



STRUKTUR PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN


1. Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua(2) peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir.


2. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua(2) kategori iaitu kategori Qari dan kategori Qari’ah.


3. Bagi peringkat saringan, bilangan peserta adalah terbuka dan mestilah melebihi 10 orang bagi setiap kategori. Seterusnya, seramai 5 orang peserta terbaik dalam peringkat saringan bagi setiap kategori akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir.


4. Kriteria penilaian bagi pertandingan ini terbahagi kepada empat(4) aspek utama iaitu Tarannum, Tajwid, Qiraat & Suara. Peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan dipilih untuk bertanding di peringkat seterusnya.


5. Bagi peringkat saringan, peserta diberikan kebebasan untuk memilih mana-mana ayat di dalam Al-Quran untuk ditilawahkan di hadapan juri. Ironinya, soalan daripada pihak hakim akan dibekalkan kepada para peserta bagi peringkat akhir.


6. Had pentilawahan Al-Quran bagi setiap peserta adalah seperti yang berikut:


Peringkat Saringan
Bacaan oleh Qari dan Qari’ah – 7 minit 


Peringkat Akhir
Bacaan oleh Qari dan Qari’ah – 10 minit



7. Bagi peringkat saringan, setiap peserta akan dinilai oleh tiga (3) orang hakim sahaja. Manakala untuk acara kemuncak pertandingan, seramai 3 orang hakim jemputan akan memikul tugas untuk memberi penilaian bagi setiap peserta yang bertanding di peringkat akhir.


8. Loceng pertama akan dibunyikan apabila masa memasuki 1 minit terakhir pentilawahan dan loceng kedua akan dibunyikan sebanyak 2 kali apabila masa yang diperuntukkan kepada setiap peserta telah tamat.


9. Qari dan Qari’ah yang gagal menamatkan bacaan ayat suci Al-Quran 30 saat bermula dari loceng kedua dibunyikan akan diberi amaran untuk menamatkan bacaan dan pemotongan
markah akan dikenakan.

No comments:

Post a Comment